YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Selamat Datang

"Ahlan Wasahlan” atau “Selamat Datang” ke laman web Yayasan Ihtimam Malaysia. Laman web ini disediakan bertujuan untuk memberi informasi terkini, aktiviti, program dan pautan yang di jalankan oleh Yayasan Ihtimam Malaysia dari semasa ke semasa. Penubuhan Yayasan Ihtimam Malaysia telah digerakkan bermula dari penghujung tahun 2011 dan didaftarkan dibawah Akta Pemegang Amanah, Jabatan Perdana Menteri. Yayasan ini di asaskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Perkataan “Ihtimam” itu sendiri adalah dari kata dasar “Hamma” yang membawa maksud “mementingkan atau mengambil berat” di mana penubuhan yayasan adalah bertujuan untuk mengambil berat dan mementingkan kebajikan masyarakat Islam yang daif dan terpinggir. Satu petikan hadis yang berkaitan dengan maksud kata dasar tersebut ialah; “Sesiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan orang Islam, maka dia bukanlah di kalangan mereka”.

Sasaran asal penubuhan Yayasan Ihtimam Malaysia adalah menyasarkan kepada program dan aktiviti untuk membantu masyarakat Islam yang daif dan terpinggir dan terjebak di dalam permasalahan sosial dan kesihatan awam. Program yang dirangka menjurus kepada tumpuan usaha dan bantuan dari sudut ekonomi, pendedahan agama, akhlak dan akidah dan juga bantuan kesihatan. Usaha dan inisiatif yang dijalankan adalah atas inisiatif Ahli Pemegang Amanah Yayasan dan juga kerja sama padu yang diberikan oleh penyumbang-penyumbang lain yang terdiri daripada agensi kerajaan, badan korporat dan juga pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia dan juga antarabangsa. Menjadi harapan Yayasan agar satu masyarakat Islam yang mampan dan berketrampilan dapat di lahirkan selaras dengan slogan Yayasan iaitu; “Kami Prihatin.