YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

KUALA LUMPUR Majlis AIDS Malaysia (MAM) menggesa semua pihak tidak menjadikan epidemik Aids HIV di Kelantan sebagai polemik politik sebaliknya bersatu dalam membanteras penularan virus itu. Presiden MAM Tan Sri Zaman Khan berkata pemmipin harus menyedari hakikat situasi Aids HIV di Kelantan hanya dapat ditangani melalui tindakan pragmatik pihak berwajib dengan segera. "Menuding jari kepada pihak tertentu cuma memperlecehkan usaha pencegahan yang dijalankan di Kelantan" katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Mengikut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kelantan mencatat kadar HIV tertinggi di Malaysia tahun lalu iaitu 28 8 kes untuk setiap 100 000 penduduk. Kadar itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding kadar insiden kebangsaan iaitu 12 9 kes setiap 100 000 penduduk. Zaman berkata MAM menjalin kerjasama strategik dengan pihak berwajib di negeri itu untuk meningkatkan kesedaran mengenai HIV di kalangan penduduk tempatan.

KUALA LUMPUR 23Sept Dewan Pemuda Pas hari ini mengakui isu pelaksanaan hukum hudud yang timbul kembali kebelakangan ini disebabkan negara bakal menghadapi pilihan raya umum dalam masaterdekat.Namun apa yang menghairankan Ketuanya Nasmdin Hassan mendakwa isu itu ditimbulkan oleh pemimpm serta bekaspemiinpin UMNO dan Barisan Nasional BN sedangkan Mursyidul AmPasDatuk Nik Abdul Aziz NikMat baru baru ini terbukti menyatakan bersedia melaksanakan hudud di Kelantan pada büa büa masa. Isu hudud ini tidak pemah muncul pada musim panas mahu pun musim sejuk Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud initidak langsung kedengaran pada musim lain seperti musim haji musim perayaan musim cuti hatta musim durian sekali pun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihan rayakatanya. Beliau berkata demikian dalam blognya http://www.eperjuangan.com di bawah entri bertajuk Isu Hudud Petanda Akhir Masuknya Musim Pilihanraya hari ini Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan baru baru ini dilaporkan berkata beliau memohon kepada Perdana Menteri Datuk SeriNajib Tun Razak untuk membenarkan negeri itu melaksanakan hududdan qisas, Malahan Nik Aziz pada 18 September lalu turut menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kegagalan Kelantan melaksanakan hudud sehingga menyaksikan negeri itu mencatatkan bilangan pesakit HIV paling tinggi di negara ini untuk 2010.