YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Putrajaya, 6 Jun - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah memberikan sumbangan kepada Yayasan Ihtimam Malaysia pada 6 Jun 2012 /16 Rejab 1433H (Rabu) bertempat di Dewan Syura Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.

No images found.

Semporna, 6-8 Apr - Lawatan Yayasan Ihtimam Malaysia ke Pondok Inabah Kamal, Semporna Sabah. Diketuai oleh Pengarah Eksekutif yayasan, Ustaz Zakuan Bin Sawai. Objektif lawatan ialah menyampaikan sumbangan dan mendapat penjelasan yang lebih jelas tentang operasi Inabah sebagai tempat perawatan dan pemulihan remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

No images found.

Port Dickson, 13-15 Jan - Pemukiman Lembaga Pemegang Amanah dan Sekretariat Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik & Pelaksanaan Program Yayasan Ihtimam Malaysia 2012/2013 di Permaisuri Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Diketuai oleh Pengerusi YIM - Dato' Wan Mohammad Bin Dato' Sheikh Abd Aziz, Dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu Timbalan Pengerusi - Tan Sri Zaman Khan Bin Rahim Khan, Dato' Chamil Bin Wariya dan Tuan Haji Muhadzir Bin Mohd Isa. Ahli Seketariat yang turut serta ialah Pengarah Eksekutif - Ustaz Zakuan Bin Sawai, Pengarah Pengurusan & Kewangan - Khairil Ismahafiz Bin Muhadzir, Pengarah Program & Pengurusan Dana - Jasmin Bin Jalil dan Pengarah Komunikasi & Perhubungan Negeri - Tuan Arrahman Bin Awang.

No images found.

Kuala Lumpur, 30 Jan - Lembaga Pemegang Amanah dan Sekretariat Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Mufti Wilayah yang terletak di Menara Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Rombongan yang terdiri daripada wakil YIM telah diraikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Yang Berbahagia Sahibul Sahanah, Dato' Haji Wan Zahidi bin Wan Teh.

Wakil rombongan diketuai oleh Pengerusi YIM - Dato' Wan Mohammad bin Dato' Sheikh Abd Aziz, Timbalan Pengerusi YIM – Tan Sri Zaman Khan bin Rahim Khan dan Pengarah Eksekutif YIM – Ustaz Zakuan bin Sawai. Antara lain tujuan lawatan kunjung hormat tersebut adalah untuk memperkenalkan Yayasan Ihtimam Malaysia dan membincangkan sebarang bentuk kerjasama antara YIM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).