YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

No images found.

Putrajaya - 21 Jun - Yayasan Ihtimam Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dan PUSPANITA JAKIM telah menganjurkan Seminar Rumahku Syurgaku dengan tema "Ibu; Ratu Hatiku, Bapa; Wira Hidupku". Seminar tersebut diadakan di Auditorium JAKIM selama satu hari dan diisi dengan pelbagai pengisian menarik seperti ceramah dan forum.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri , di Jabatan Perdana Menteri , YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim. Seminar tersebut telah mendapat sambutan hangat dan menerima penyertaan melebihi 1,200 orang daripada kakitangan awam dan juga orang awam yang datang dari sekitar Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.

Objektif seminar ini antara lain ialah untuk:

  • Mewujudkan institusi keluarga dan persekitaran yang selamat, terjamin dan terlindung dari cabaran sosial semasa.
  • Melahirkan institusi keluarga yang bahagia ke arah menzahirkan masyarakat penyayang dan bersatu padu.
  • Membentuk masyarakat yang berkualiti dan menghargai keluarga.
  • Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya ilmu kekeluargaan seperti ilmu rumahtangga dan ilmu didikan anak-anak.
  • Memantapkan institusi keluarga dalam mendepani ancaman dan cabaran globalisasi.

Sebagai penganjur seminar tersebut, pihak Yayasan mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sambutan yang memberangsangkan dan InsyaAllah, program kekeluargaan sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

 

Putrajaya, 6 Jun - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah memberikan sumbangan kepada Yayasan Ihtimam Malaysia pada 6 Jun 2012 /16 Rejab 1433H (Rabu) bertempat di Dewan Syura Pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.

No images found.

Semporna, 6-8 Apr - Lawatan Yayasan Ihtimam Malaysia ke Pondok Inabah Kamal, Semporna Sabah. Diketuai oleh Pengarah Eksekutif yayasan, Ustaz Zakuan Bin Sawai. Objektif lawatan ialah menyampaikan sumbangan dan mendapat penjelasan yang lebih jelas tentang operasi Inabah sebagai tempat perawatan dan pemulihan remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

No images found.

Port Dickson, 13-15 Jan - Pemukiman Lembaga Pemegang Amanah dan Sekretariat Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik & Pelaksanaan Program Yayasan Ihtimam Malaysia 2012/2013 di Permaisuri Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Diketuai oleh Pengerusi YIM - Dato' Wan Mohammad Bin Dato' Sheikh Abd Aziz, Dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu Timbalan Pengerusi - Tan Sri Zaman Khan Bin Rahim Khan, Dato' Chamil Bin Wariya dan Tuan Haji Muhadzir Bin Mohd Isa. Ahli Seketariat yang turut serta ialah Pengarah Eksekutif - Ustaz Zakuan Bin Sawai, Pengarah Pengurusan & Kewangan - Khairil Ismahafiz Bin Muhadzir, Pengarah Program & Pengurusan Dana - Jasmin Bin Jalil dan Pengarah Komunikasi & Perhubungan Negeri - Tuan Arrahman Bin Awang.