YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

No images found.

MAK NYAH, PONDAN, BAPOK, DARAI, MUKHANNAZ, BENCONG, WARIA…Suatu istilah yang tidak asing dalam masyarakat kita hari ni. Kehadiran mereka di khayalak sentiasa menarik perhatian. Lemah-lembut, manja, melaram, seksi dan menarik ada kalanya melebihi wanita sejati. Kemunculan mereka kekadang mengundang perasaan jelik, meluat dan benci sesetengah golongan. Hakikatnya golongan ini terperangkap dalam satu situasi yang mendorong mereka memilih untuk kehidupan songsang. Hakikat kelakian mereka telah musnah dan mereka menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan.

Persoalan disini siapa yang harus dipersalahkan??

JAKIM mengambil pendekatan memujuk mereka tanpa ada perasaan sangsi dan stigma. manusia tidak layak menghukum mereka dengan menentukan dosa pahala, syurga neraka tetapi kita bertangungjawab menyedarkan mereka dari dunia khayal dan menyedari hakikat kejadian manusia di muka bumi ini.

Meneruskan kesinambungan program 2012, atas permintaan komuniti sendiri maka JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan Program Perkhemahan Muhibbah 2013 di Jerejak Rainforest Pulau Pinang pada 27 hingga 1 Mac 2013.

3 hari berkampung di pulau Jerejak peserta di dedahkan dengan pelbagai maklumat antaranya isu HIV/AIDS, isu masyarakat, hal semasa, tayangan video prihal kematian, night walk dan sebagainya. Peserta juga di beri kelonggaran untuk beriadah bersama pihak urusetia dan pihak resort.

Pendekatan tauhid, mengenal diri dan mengenal maha pencipta adalah satu elemen yang paling penting sepanjang pengisian program. Peserta amat tersentuh dan mengalirkan air mata apabila menghayati pengisian program. Al Fadil Ustaz Hanafiah Abdul Malik atau lebih di kenali dengan nama SIFU Hanafi adalah pemudah cara dalam mengendalikan para peserta.

Pengarah Bahagian KSK,JAKIM, Ustazah Saimah binti Mukhtar menyatakan program kerohanian dan penghayatan tauhid seperti ini adalah tangungjawab semua pihak, komuniti ini wajib diberi perhatian sewajarnya. Mereka perlukan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya. Hidayah hanya dari Allah, kita hanya berusaha dan menunjukkan jalan sahaja.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka” QS 13 : 11

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman dan mendapat tempat di syurga kelak…Aminnnn...

No images found.

Pada 2hb Feb 2013 yang lalu bertempat di Masjid Assyakirin, Seramai 300 sukarelawan yang terdiri daripada NGO's dan persatuan pelajar IPT telah mengambil bahagian di dalam Program Anti Valentine yang dianjurkan oleh Yayasan Ihtimam Malaysia dengan kerjasama JAKIM dan JAWI.

Program sulung Yayasan ini tertumpu kepada golongan remaja Islam di sekitar KL dimana sukarelawan Sosial Islam ini menjalankan aktiviti temuseru bagi menjelaskan kepada belia islam tentang fakta sebenar Valentine.

Program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan dalam bentuk TOT kepada sukarelawan mengikut minat dan tumpuan fokus masing-masing seperti isu juvana, LGBT, keluarga dan dadah.

Program ini dilancarkan oleh Y Bhg. Dato Haji Othman Bin Mustapha Ketua Pengarah JAKIM

 

No images found.

 

17 Sep - Rombongan Yayasan Ihtimam Malaysia telah mengadakan satu lawatan kerja dan kunjung hormat ke Rumah Perlindungan Wahidayah di Bandar Baru Sungai Buluh, Selangor. Rumah perlindungan tersebut di asaskan oleh Puan Norlela dan menjadi pusat kediaman bagi wanita dan kanak-kanak Islam yang mengidap HIV. Rombongan Yayasan diketuai oleh Pengarah Eksekutif, Ustaz Zakuan bin Sawai. Semasa lawatan tersebut, rombongan berpeluang untuk mengetahui program dan masalah yang dihadapi oleh Rumah tersebut dan juga turut berjumpa dengan kumpulan Positive Warrior yang memperjuangkan nasib pengidap HIV di kalangan umat Islam.

 

THE ROYALE BINTANG HOTEL, KUALA LUMPUR
19 - 21 NOVEMBER 2012



Theme : Caring Is Loving

As an eminent Islamic Religious Affair in Malaysia, Islamic Development Department of Malaysia (JAKIM) seeks to provide a platform to gather the knowledge from the experts and researcher with the objective of enhancing the programmes towards prevention and contamination of HIV/AIDS issue among the Muslim community in Malaysia and globally. It is in the spirit of creating, sharing and working together for the betterment of the Muslim Ummah or the society at large that JAKIM initiates the establishment in Islamic Countries. This is particularly important given the global challenges on HIV/AIDS that fundamentally affect the socio-economy development and sustainability of the Muslim world at large and the OIC countries in particular.

In essence, this conference will serve as a platform to bring scholars, scientiest, researcher to develop, share and apply, via innovative research initiatives and smart partnerships and co-operation, and ideas among member countries for the betterment of the Muslim ummah. Through the pleno session, a proper guideline and resolution hopefully can be generate for the adaptation in Malaysia and all Muslim countries.

The conference will hold annual conventions and outreach activities involving scholars, academicians, NGOs and industry players consistent with its vision and mission. To start with, the Inaugural Islamic and HIV/AIDS International Conference will be held in Kuala Lumpur on 19th to 21st of November 2012.

** Programme Tentative

** Registration Form

** Sponsorship Form

ENQUIRIES

Enquiries about Islamic and HIV/AIDS International Seminar 2012 may be sent to:

Secretariat Islamic and HIV/AIDS International Conference 2012
Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti
Islamic Development Department of Malaysia (JAKIM)
Ground Floor,
Blok D7, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62050, Putrajaya
MALAYSIA
Ph: + 603-88864060 II Fax: + 603-88891997

Mr. Zakuan Sawai :
Ph:03-88864060
Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Ms. Nor Asniah binti Mohd Noh :
Ph:03-88864359
Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it


ORGANISERS:

Islamic Development Department of Malaysia (JAKIM)
www.islam.gov.my

Ministry of Health Malaysia
www.moh.gov.my

Yayasan Ihtimam Malaysia
www.ihtimam.org.my

Malaysian AIDS Council
www.mac.org.my


INFO:

Nearby Hotel to Royale Bintang

GRAND MILLENNIUM KUALA LUMPUR HOTEL

  • Tel : +60 3 2117 4888          Fax : +60 3 2142 1441
  • Email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  • Room price : MYR500++
  • Contact person : (MS. LYDIA)

DORSETT REGENCY HOTEL

  • Tel: 603-2716 1000              Fax: 603-2715 5000
  • Email:  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  • Room price : MYR300++
  • Contact person : (MS MAS)

PICCOLO HOTEL

  • Tel : 603- 2146 5000            Fax : 603- 2146 5001
  • Email:  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  • Room price : MYR418
  • Contact person : (MS SURAYA)

RADIUS INTERNATIONAL HOTEL

  • Tel : (603) 2715 3888          Fax : (603) 2715 1888
  • Email :  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  • Room price : MYR140
  • Contact person : (MR. FAUZAN)

HOTEL NOVA KUALA LUMPUR

  • Tel: 603-2143 1818              Fax: 603-2142 9985
  • E-mail:  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  • Room price : MYR162
  • Contact person : (MS NORIS)

FAHRENHEIT SUITES KUALA LUMPUR

  • Tel: 03-2148 2686    Fax: 03-2148 1686
  • Email: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
  • Room price : MYR500++
  • Contact person : (MS RAKI)