YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah bil 1 2020

Alhamdulillah, telah dilaksanakan Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia Bil 1, 2020 pada hari ini (22 Jun 2020). Mesyuarat telah dihadiri oleh 7 orang Ahli Pemegang Amanah dan 5 orang sekretariat Yayasan Ihtimam Malaysia. Mesyuarat dilaksanakan setelah sekian lama ianya tidak dapat dilaksankan akibat wabak pendemik yang melanda negara kita.

Antara perkara penting yang dibincangkan adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Yayasan untuk menyesuaikan diri di dalam situasi norma baru yang perlu diamalkan di samping mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Yayasan.

Yayasan Ihtimam juga merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Ustaz Marzuki bin Hassan atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dan juga YBrs. Ustazah Noor Haliza binti Ali selaku Ketua  Penolong Pengarah Cawangan. Semoga diberikan taufiq dan istiqamah di dalam melaksanakan tanggungjawab di samping melibatkan diri dengan Yayasan Ihtimam dalam mencapai matlamat Yayasan.

E-buku panduan hijrah diri untuk golongan LGBT

E-buku panduan hijrah diri untuk golongan LGBT

 

E-buku Panduan Hijrah Diri bagi  golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) untuk kembali ke pangkal jalan yang telah diterbitkan oleh JAKIM dengan kerjasama Yayasan Ihtimam Malaysia mendapat nama apabila ianya dinyatakan di dalam sidang Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa pada 23 Oktober 2018. Kenyataan ini adalah bagi menjawab soalan daripada wakil dari Bagan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan pendekatan kerajaan terhadap isu ini. Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini di google play di link yang disediakan dibawah

baca selanjutnya di sini...


Boleh muat turun mobile app disini...

Apple/iOS : Maaf, tiada versi untuk Apple buat masa ini namun anda masih boleh akses melalui PWA (Progressive Web App) dengan klik ini..

 


Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah

Yayasan Ihtimam Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah bagi Sesi 2018/2020 Bil 1/2018 pada 2 Ogos 2018. Mesyuarat ini dilaksanakan bagi membincangkan program-program yang akan diadakan pada masa akan datang dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Turut dibincangkan juga berkenaan hala tuju Yayasan Ihtimam Malaysia serta langkah-langkah bagi memperkukuh kedudukan Yayasan Ihtimam sebagai sebuah NGO sosial Islam yang kukuh dan dikenali ramai.

Mesyuarat dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu Pengerusi, YBhg. Dato' Hj. Razali Bin Shahabudin, YBhg. Dato’ Abd. Rahman bin Husin, YBhg. Dato’ Haji Muhadzir bin Mohd Isa, YBhg. Dato’ Haji Ali bin Mohammed, YBhg. Tuan Haji Zakuan bin Sawai, YBhg. Puan Hajjah Pauzaiyah binti Haron, Prof. Madya Dr. Irwan bin Mohd Subri dan YBhg. Dr. Nor Wahiza binti Abdul Wahat. Turut hadir Ahli Sekretariat iaitu YBhg. Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, YBhg. Ustaz Arrahman bin Awang, dan En Ammar Bin Zulkiflee.

Tidak lupa juga  kepada dua buah NGO yang turut hadir bagi membentangkan cadangan kerjasama yang dapat dilakukan antara mereka dan Yayasan Ihtimam Malaysia pada masa akan datang iaitu Persatuan Kaunseling Syarie (PAKSI) dan Islamic Psycho Spiritual Association (IPSA).

Moga-moga mesyuarat kali ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan bagi kesemua Ahli lembaga dan para Sekretariat dalam melaksanakan apa yang telah diputuskan di dalam mesyuarat.

 

Apps Hijrah Diri

Bismllah
Bermula hari ini mobile apps yang dibangunkan oleh Raxbit di bawahTuan Rafiq Sharman dan Yayasan Ihtimam Malaysia akan mengadakan notifikasi tazkirah yang akan disampaikan dalam tempoh 3 minit setiap hari In sha Allah.

Harapan kami dengan cara ini akan dapat membantu mereka agar dapat terus konsisten dalam usaha untuk menjalani kehidupan yg lebih baik.

Mohon bantu SHARE untuk usaha kita sama-sama bantu mereka untuk berubah, insyaallah

Boleh muat turun mobile app disini:
Android : https://play.google.com/store/apps/details…

Apple/iOS : Maaf, tiada versi untuk Apple buat masa ini namun anda masih boleh akses melalui PWA (Progressive Web App) dengan klik pada link ini :
https://login.raxbit.com/m/HijrahHaqq