YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Objektif

Yayasan ini ditubuhkan berpandu kepada tujuh (7) teras objektif iaitu

  • Meraih dana untuk membantu komuniti Islam yang bermasalah dan boleh menjerumus ke masalah sosial yang lain dan kesihatan awam.
  • Sebagai Yayasan yang berperanan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dan program-program bantuan kepada umat Islam yang mengalami masalah kesihatan serta golongan terpinggir yang bermasalah dan tidak berkemampuan.
  • Menjalankan program-program kesedaran kepada masyarakat dan juga golongan bermasalah seperti remaja juvana dan rakan baru (mualaf) dalam memperluaskan pemahaman mereka mengenai kehidupan Islam.
  • Menganjurkan kempen menerusi media massa, bengkel-bengkel kesedaran bersama Imam-Imam, Ketua Kampung dan Pegawai-Pegawai Agama dalam memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menjalani kehidupan yang sihat dan bebas dari permasalahan sosial mengikut lunas-lunas Islam.
  • Menjalankan program-program pencegahan isu permasalahan sosial dan kesihatan awam secara pendekatan Islam dan selaras dengan Pelan Strategik Kebangsaan.
  • Menjadi penaung kepada program rumah perlindungan Islam dan juga rumah-rumah kebajikan serta pondok-pondok yang tidak bertauliah yang dinaungi secara sukarela.
  • Menjadi penaung kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajan Islam yang lain dalam menjalankan program-program bantuan kesihatan dan program kemasyarakatan Islam lain ke seluruh negara.

Misi

  • Menyeru kepada kebajikan – Yayasan akan membuat pelbagai program di dalam bentuk sukarela dan amal jariah dalam mendekati golongan-golongan yang diperjuangkan ini di peringkat kebangsaan sehinggalah ke seluruh negara.
  • Menyuruh berbuat segala benda yang baik – Yayasan akan menjalankan pelbagai program dan kempen di dalam membimbing golongan yang dikenal pasti ini untuk berubah dan kembali mendekati masyarakat.
  • Melarang daripada segala yang salah – Yayasan akan menjalankan pemantauan dan bimbingan yang berterusan bagi mengelakkan golongan yang difokuskan ini mengulangi semula kegiatan atau permasalahan yang dihadapi sebelumnya.

Visi

  • Menjadi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) di peringkat Kebangsaan yang memperjuangkan nasib dan pembelaan masyarakat Islam yang terpinggir dan bermasalah seperti ibu tunggal, orang-orang tua, remaja juvana yang boleh menjerumus kepada masalah sosial dan kesihatan awam.