YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA adalah sebuah badan bukan kerajaan (NG0) yang diberi amanah untuk memperbaiki kualiti kehidupan umat Islam, khususnya untuk golongan yang daif dan mengidap penyakit kritikal.

Yayasan Ihtimam Malaysia amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari masyarakat yang ingin turut sama menyertai misi kami dalam membina kehidupan yang lebih bermakna untuk golongan yang tidak bernasib baik ini. Sumbangan anda boleh dibuat melalui Tabung Sumbangan Amal Prihatin, sebuah inisiatif pengurusan dana amanah yang dikelolakan oleh YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA.

Anda boleh memilih salah satu daripada saluran berikut untuk menyalurkan sumbangan ikhlas anda;

  1. CEK : Cek berpalang di atas nama ;
  2. Yayasan Ihtimam Malaysia
    Bahagian Keluarga,Sosial dan
    Komuniti JAKIM, Aras 1, Blok D7,
    Kompleks D, Pusat Pentadbiran
    Kerajaan Perseketuan, 62519,
    Putrajaya, Malaysia

    Sila tulis nama penuh anda, alamat dan nombor telefon

  3. KREDIT KAD : VISA, Mastercard dan American Express Card

  4. AUTO DEBIT : Menerusi Bank Islam Internet Banking (untuk sumbangan potongan dari akaun Bank Islam secara bulanan)

  5. Pemindahan Bank (Inter Bank Transfer) : Akaun Bank Islam Yayasan Ihtimam Malaysia seperti di bawah
  • Penama Akaun : Yayasan Ihtimam Malaysia
  • Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
  • Akaun No : 1601-8010-0186-30
  • Alamat Bank : Bank Islam Malaysia Berhad,
    Cawangan Putrajaya.
    Anjung Perdana Blok E16.
    Parcel E, Presint 1.
    62000 Putrajaya.
  • Matawang : Ringgit Malaysia

  • ( Semua Sumbangan Anda Akan Diberi Pengecualian Cukai )


Kemanakah sumbangan anda akan disalurkan?

YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA memegang teguh amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh para penderma kepada Tabung Sumbangan Amal Prihatan. Setiap sumbangan yang diberikan akan disalurkan kepada program-program berikut

Program Bantuan Khas Warga Emas

YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA akan membiayai kos penempatan, rawatan serta jagaan warga-warga emas terpinggir yang telah hilang pewaris serta tidak lagi mampu untuk menanggung kehidupan mereka.

Program Bantuan Keperluan Harian

YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA akan mengatur pengagihan bantuan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak atau susu tepung kepada keluarga -keluarga miskin tegar. Bantuan yang diberikan adalah melalui mekanisma penebusan kredit “food stamp” yang disalurkan melalui MyKad.

Program Bantuan Perubatan

YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA akan membiayai kos ubat-ubatan untuk penyakit kritikal mengikut takrifan KWSP. Ini termasuklah kos rawatan untuk Orang Yang Hidup Dengan HIV dan juga untuk mereka yang telah terlantar sakit untuk jangka masa yang panjang.

Program Bantuan Perniagaan

YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA akan memberi modal pusingan dengan sifar faedah kepada individu-individu yang mempunyai potensi untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Pinjama yang diberikan adalah berskala mikro (<RM 10,000) serta tidak mensyaratkan si pemiutang untuk mengemukakan cagaran atau mendapatkan penjamin sebagai syarat untuk mendapatkan pinjaman.

Program Bimbingan Aqidah

YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA juga melaburkan sebahagian daripada dana kutipan Tabung Sumbangan Amal Prihatan bagi membiayai program-program Bimbingan Aqidah yang dijalankan bersama komuniti-komuniti masyarakat terpinggir, yang lazimnya sering terdedah kepada risiko penyelewengan aqidah.


Secara keseluruhannya, program-program ini mencakupi 7 teras utama yang mendukung visi serta matlamat penubuhan Yayasan Ihtimam Malaysia iaitu;

  1. Meraih dana untuk membantu komuniti Islam yang bermasalah dan boleh menjerumus ke masalah sosial yang lain dan kesihatan awam.

  2. Menjalankan aktiviti-aktiviti dan program-program bantuan kepada umat Islam yang mengalami masalah kesihatan serta golongan terpinggir yang bermasalah dan tidak berkemampuan.

  3. Menjalankan program-program kesedaran kepada masyarakat dan juga golongan bermasalah seperti remaja juvana dan rakan baru (mualaf) dalam memperluaskan pemahaman mereka mengenai kehidupan Islam.

  4. Menganjurkan kempen menerusi media massa, bengkel-bengkel kesedaran bersama Imam-Imam, Ketua Kampung dan Pegawai-Pegawai Agama dalam memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menjalani kehidupan yang sihat dan bebas dari permasalahan sosial mengikut lunas-lunas Islam.

  5. Menjalankan program-program pencegahan isu permasalahan sosial dan kesihatan awam secara pendekatan Islam dan selaras dengan Dasar Sosial Negara.

  6. Menjadi penaung kepada program rumah perlindungan Islam dan juga rumah-rumah kebajikan serta pondok-pondok warga emas yang tidak bertauliah yang dinaungi secara sukarela.

  7. Menjadi penaung kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Islam yang lain dalam menjalankan program-program bantuan kesihatan dan program kemasyarakatan Islam lain ke seluruh negara.