YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah yang kedua 2018

6/12/2018, Yayasan Ihtimam Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah yang kedua bagi tahun ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato' Haji Razali Bin Shahabudin yang merupakan Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia. Mesyuarat telah dihadiri oleh 7 daripada 9 Ahli Pemegang Amanah termasuk Timbalan Pengerusi Yayasan ihtimam Malaysia, Tan Sri Zaman Khan Bin Rahim Khan. Turut hadir adalah dalam kalangan sekretariat seramai 7 orang. Tujuan utama mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil setelah pendaftaran ahli lembaga baru bagi sesi 3 tahun akan datang telahpun diluluskan oleh pihak BHEUU.  Beberapa keputusan penting telah dibuat yang mana memerlukan tindakan sesegera mungkin. Mudah-mudahan semua keluarga Yayasan Ihtimam Malaysia diberikan kemudahan di dalam menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan ini di samping memperoleh ganjaran yang terbaik atas khidmat bakti yang dicurahkan.