KURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT) KESUKARELAWANAN PEMEGANG TARUH YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA
Yayasan Ihtimam Malaysia telah mengadakan satu kursus Training of Trainer TOT yang diberi nama Kursus Training Of Trainers (TOT) Kesukarelawanan Pemegang taruh Yayasan Ihtimam Malaysia pada 3&4 November bertempat di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Kursus dihadiri oleh Ahli Lembaga Yayasan Ihtimam beserta para Sekreariat dan dirasmikan oleh Dato' Hj. Razali Bin Shahabudin selaku Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia. Kursus ini bertujuan untuk Memberi pendedahan kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah baru YIM mengenai konsep dan kemahiran sukarelawan berfokus kepada golongan komuniti terpinggir, memperkukuh gerak kerja Ahli Pemegang Amanah dan Sekretariat YIM ke arah memperkasa SSI, menghasilkan asas-asas penting untuk merangka pelan tindakan dan dakwah strategik ke atas di sekitar Pusat Bandaraya. kursus dibahagikan kepada 4 slot iaitu 3 slot teori dan 1 slot praktikel. 3 Slot teori diidi dengan pertamanya perkongsian pengalaman kesukarelawan antara para peserta, kedua slot Memahami Konsep dan Aplikasi : Dakwah dan sukarelawan terhadap Komuniti LGBT, Sex Worker, dan Remaja bermasalah yang terlibat dengan Juvana dan Dadah. Slot kedua disampaikan oleh dua orang penyampai yang berpengalaman iaitu Tuan Raja Mohd Zulkifli Raja Said dan Puan Ros. Slot ketiga disampaikan oleh Ustaz Wan Aminuddin dengan tajuk Perancangan Pergerakan Sukarelawan Sosial Islam. Pada Sebelah malam pula dijalankan aktiviti Outreach yang menumpukan komuniti LGBT dan remaja bermasaah. Malangnya keadaan hujan yang turun menyebabkan aktiviti outreach tidak berjaya. Namun begitu, aktiviti outreach seperti ini pasti akan dirancang untuk diadakan lagi pada masa akan datang.