YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari.

Yayasan Ihtimam Malaysia turut sama bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jabatan kemajuan Islam malaysia JAKIM dalam mengadakan Seminar peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporaripada 29 Oktober 2018 bertempat di Dewan CAT Kompleks Masyarakat penyayang, Pulau pinang. Seminar ini merangkumi 3 slot iaitu pertamanya yang bertajuk LGBT Dari Perspektif Islam yang diisi oleh Dr. Mohd Izwan Bin Mohd Yusof. Slot kedua adalah berkenaan dengan kesihatan dengan tajuk LGBT dan Kesihatan yang diisi oleh Dr. Janizah Bt. Abdul Ghani. Manakala slot ketiga pula berkisarkan tentang LGBT dari Aspek Pisikologi yang disammpaikan oleh En. Mohamad Musa. majlis diakhri dengan sesi perkongsian oleh En Mohd Khariri Bin Mohamad ramli yang merupakan wakil daripada komuniti LGHT yang telah berhijrah. Majlis perasmian dihadiri oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' dr. Mujahid bin Yusof sebagai perasmi dan wakil daripada Yayasan Ihtimam Malaysia pula adalah Dato' Hj. Muhadzir Bin Mohd Isa yang merupakan Ahli Lembaga Yayasan Ihtimam Malaysia.