YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Taklimat Khas Persediaan MACSA Ke Sesi UPR

Yayasan Ihtimam Malaysia yang merupakan salah satu daripada NGO Islam yang menyertai Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA). Baru-baru ini Yayasan Ihtimam telah dijemput menghadiri taklimat khas persediaan MACSA ke sesi UPR (Pusingan Ketiga) di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva. Isu utama yang difokuskan oleh MACSA adalah Hak individu tanpa kerakyatan dan pelarian, Hak individu kurang upaya, LGBT, Hak kepercayaan dan agama, Isu-isu kanak-kanak, Hak penjagaan anak oleh ibu bapa muslim, dan hak budaya dan kesatuan bangsa. Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh dua orang wakil daripada Yayasan Ihtimam Malaysia iaitu Timbalan Pengerusi, Tan sri Zaman Khan Bin Rahim Khan bersama pengiringnya En. 'Ammar bin Zulkiflee. Taklimat ini diadakan di Tamu Hotel Kuala Lumpur pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 2 petang. Pihak MACSA berharap agar semua pihak dapat memberi sokongan dan sama-sama berdoa agar segala isu yang diketengahkan diambil perhatian oleh pihak Majlis Hak Asasi Manusia.