YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

BENGKEL ASAS KEMAHIRAN BIMBINGAN & KAUNSELING DALAM KOMUNITI

BENGKEL ASAS KEMAHIRAN BIMBINGAN & KAUNSELING DALAM KOMUNITI

Pertubuhan Hijrah RepubliQue Network tajaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM), Majlis – majlis Agama Islam Negeri serta Jabatan Agama Islam Negeri dengan kerjasama Universiti Almaushusna dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membantu penghijrahan kumpulan Lesbian Gay Bisexsual Transgender (LGBT), People Living With (PLHIV) dan Sex Workers (SW) melalui Bengkel Kemahiran Asas Kaunseling Komuniti.

Bengkel ini bertujuan membantu golongan komuniti yang telah kembali ke pangkal jalan mengadaptasi teknik kaunseling bagi mengawal situasi semasa menghadapi rakan mereka yang menghadapi kekalutan jiwa dan berada di persimpangan. Sehubungan itu kami mencadangkan, agar dibentuk kelompok rakan pra-kaunseling dan pembimbing yang terdiri dari kalangan komuniti LGBT, PLHIV dan SW. Golongan ini akan di latih dengan teknik-teknik para-kaunselor.

Ustaz Haji Zakuan bin Sawai selaku Ahli Lembaga Yayasan Ihtimam Malaysia telah mewakili Ahli Lembaga turut sama hadir di majlis penutupan program yang diadakan.