YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah

Yayasan Ihtimam Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah bagi Sesi 2018/2020 Bil 1/2018 pada 2 Ogos 2018. Mesyuarat ini dilaksanakan bagi membincangkan program-program yang akan diadakan pada masa akan datang dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Turut dibincangkan juga berkenaan hala tuju Yayasan Ihtimam Malaysia serta langkah-langkah bagi memperkukuh kedudukan Yayasan Ihtimam sebagai sebuah NGO sosial Islam yang kukuh dan dikenali ramai.

Mesyuarat dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu Pengerusi, YBhg. Dato' Hj. Razali Bin Shahabudin, YBhg. Dato’ Abd. Rahman bin Husin, YBhg. Dato’ Haji Muhadzir bin Mohd Isa, YBhg. Dato’ Haji Ali bin Mohammed, YBhg. Tuan Haji Zakuan bin Sawai, YBhg. Puan Hajjah Pauzaiyah binti Haron, Prof. Madya Dr. Irwan bin Mohd Subri dan YBhg. Dr. Nor Wahiza binti Abdul Wahat. Turut hadir Ahli Sekretariat iaitu YBhg. Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, YBhg. Ustaz Arrahman bin Awang, dan En Ammar Bin Zulkiflee.

Tidak lupa juga  kepada dua buah NGO yang turut hadir bagi membentangkan cadangan kerjasama yang dapat dilakukan antara mereka dan Yayasan Ihtimam Malaysia pada masa akan datang iaitu Persatuan Kaunseling Syarie (PAKSI) dan Islamic Psycho Spiritual Association (IPSA).

Moga-moga mesyuarat kali ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan bagi kesemua Ahli lembaga dan para Sekretariat dalam melaksanakan apa yang telah diputuskan di dalam mesyuarat.