YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

PROGRAM EXPLORATION STAR IN YOU

Pada 12 dan 13 Mei 2018, Pusat Akidah & Keamanan Global, Fakulti Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan PROGRAM  EXPLORATION STAR IN YOU bertempat di sebuah resort yang dinamakan Paradise Valley. Perogram ini dijalankan dengan kerjasama dan tajaan Yayasan Ihtimam Malaysia. Program ini berunsurkan pendekatan dan jalinan silaturrahim bersama komuniti LGBT yang sedang berusaha untuk merubah diri mereka menjadi seorang Muslim yang baik. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program dijalankan sehinggakan pada akhirnya para peserta dan urusetia dapat menjalinkan hubungan silaturrahim yang begitu baik. program seperti ini amat penting kerana ia dapan memberi suntikan semangat kepada komuniti ini selain dari ia dapat memberi pengalaman dan pengajaran serta membuang persepsi yang tidak baik dalam kalangan masyarakat.