YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Lawatan kerja Ahli Lembaga ke Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia

Selasa 10 April 2018, Hulu langat. Yayasan Ihtimam Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja Ahli Lembaga ke Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia atau lebih dikenali dengan PERKID yang berpengkalan di Hulu Langat, Selangor. Lawatan yang bermula pada jam 11 pagi itu mendapat sambutan yang amat baik oleh pihak PERKID yang mana pengerusinya sendiri YBhg. Ustaz Masrdzi Bin Sat atau lebih dikenali sebagai "abah" bagi warga PERKID telah turun padang untuk menyambut kedatangan ahli lembaga. Bagi pihak Yayasan Ihtimam Malaysia, Ahli Lembaga yang hadir adalah, pengerusi, Dato' Haji Razali Bin Sahabuddin, Dato' Dr Abd Rahman Bin Husin, Tuan Haji Zakwan Bin Sawai, Ustaz Haji Roslan Bin Said, dan Tuan Arrahman Bin Awang. Antara peserta lain yang menyambut ahli lembaga ialah dalam kalangan pelatih dari PERKID sendiri. Majlis lawatan dimulakan dengan alunan qasidah yang dipersembahkan oleh kumpulan Qasidah Bridget Amal dari PERKID, kemudian disusuli dengan ucapan daripada YBhg. Pengerusi PERKID, Ustaz Masridzi Bin Sat. Bi dalam ucapannya, beliau menceritakan asal usul PERKID dan sejarah akan penubuhannya di mana PERKID ditubuhkan atas gabungan antara sistem pondok dan sistem kawalan bagi mendidik para pelatih untuk berubah daripada kelakuan lama yang disebabkan kesilapan yang telah mereka lakukan. kemudian majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi Yayasan Ihtimam, YBhg Dato' Haji Razali Bin Sahabudin. Antara intipati ucapan Dato', beliau berharap akan dapat menjadikan PERKID sebagai salah satu rakan strategik Yayasan Ihtimam Malaysia dalam menjalani aktiviti dakwah dan menangani gejala sosial yang berleluasa. Lawatan berakhir dengan pertukaran sumbangan dan cenderahati dari kedua-dua belah pihak dan jamuan tengah hari yang disediakan pihak PERKID.