YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Tahun 2018

21 Mac 2018, Yayasan Ihtimam Malaysia telah dijemput hadir oleh Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama-sama NGO yang lain ke Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Tahun 2018. Majlis dihadiri oleh 36 buah Badan Bukan Kerajaan NGO Islam yang mana telah dipilih untum menerima sumbangan. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Dato' Haji Paimuzi Bin Yahya iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki yang mana di dalam ucapannya, beliau mengharapkan agar semua NGO Islam dapat bersatu di dalam satu harakah supaya sama-sama dapat mencapai matlamat yang dibawa oleh islam. Majlis yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya itu berakhir pada jam 4 petang. Yayasan Ihtimam Malaysia merakamkan setinggi penghargaan kepada MAIWP atas sumbangan yang disalurkan dan mudah-mudahan dengan sumbangan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk pembangunan umat Islam khususnya dan juga seluruh masyarakat umumnya.