YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Pemerkasaan Ilmu Sukarelawan

Tarikh : 6 Mei 2017

Tempat : International Youth Center (IYC) , Cheras

Bertempat di International Youth Center (IYC) , Cheras para sukarelawan sosial islam di perkasakan dengan ilmu sukarelawan bagi menangani masalah sosial dikalangan komuniti.
Antara pengisian yang ditunggu oleh peserta adalah aktiviti turun ke lapangan (outreach) untuk berintraksi dengan kumpulan sasaran.
Peserta berkesempatan turun ke lapangan sekitar apartment di Bandar Tun Razak seperti apartment Sri Penara untuk melihat apa aktiviti anak anak muda sekitar apartment selepas jam 12tgh malam.
Selain itu peserta di bawa ke Tasik Permaisuri untuk mendekati anak anak muda yang terjebak permasalahan ketagihan gam dan juga aktiviti LGBT terutamanya isu MSM (men sex with man) dan juga moneyboy dikalangan anak muda yang berumur awal belasan tahun. Mereka boleh di selamatkan , pihak institusi keluarga hendaklah memantau dan tidak berputus asa menasihati mereka agar tidak terjebak ke masalah sosial lebih teruk.
Sekiranya tuan puan berminat untuk menjadi sukarelawan sosial islam, boleh hubungi bahagian pembangunan keluarga sosial & komuniti JAKIM atau YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA.