YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Program TemuSeru ( Bantuan Banjir di Kuantan Pahang)

Pada tarikh 18 dan 19hb Januari 2014 yang lepas, Pihak yayasan telah mengadakan program temuseru "outreach" di Kuantan Pahang bagi mengagihkan bantuan bagi golongan komuniti islam terpinggir yang menghadapi kesulitan hidup hasil daripada bencana banjir yang melanda Kuantan dan kawasan sekitarnya baru-baru ini.

Program ini telah diketua oleh Pengerusi Yayasan sendiri iaitu Dato' Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz. Timbalan Pengerusi Yayasan iaitu Tan Sri  Mohd Zaman Khan Bin Rahim Khan turut menyertai program ini bersama-sama aktivis sukarelawan tempatan di Pahang.

Aktiviti ini meliputi kunjungan ke rumah-rumah penerima bantuan yang telah dikenalpasti sebanyak 40 keluarga oleh dua pasukan sukarelawan yang dibentuk.

Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban keluarga-keluarga komuniti islam di sana bagi menruskan kehidupan. InsyaAllah