YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) telah dipilih oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia untuk menerima sumbangan Tabung Ihya’  Ramadhan 1434. Majlis Pelancaran  Tabung Ihya’ Ramadhan telah berlangsung pada 9 Julai 2013 di Dewan Serbaguna KBS.  Penyerahan  kutipan Tabung Ihya’ Ramadhan kepada Yayasan Ihtimam Malaysia akan diserahkan pada 25 Julai 2013.  Objektif Tabung Ihya’ Ramadhan adalah untuk melahirkan rasa syukur dalam menyambut bulan Ramadhan  disamping itu untuk menghadirkan rasa tanggungjawab  dan sikap ringan tangan dalam menghulurkan bantuan untuk insan-insan yang memerlukan.