YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

No images found.

19 May 2013 - Yayasan Ihtimam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Selangor dan Majlis AIDS Malaysia (MAC) menganjurkan Sambutan Hari Memperingati AIDS Sedunia 2013 bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Antara objektif penganjuran sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai persekitaran HIV/AIDS, memupuk rasa kasih dan belas di kalangan masyarakat agar berganding bahu dan bekerjasama dalam membantu dari aspek penyediaan akses kesihatan yang berkualiti dan khidmat social serta menjadi platform sebagai tanda sokongan dalam usaha menghentikan stigma dan diskriminasi terhadapt komuniti yang terlibat dengan HIV/AIDS.

Tema Hari Memperingati AIDS Sedunia 2013 ini adalah “ Dalam Perpaduan” dan majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Razali Bin Shahbudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM, mewakili Yg Bhg. Dato’ Othman bin Haji Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM.

Antara pengisian di dalam majlis sambutan ini ialah, Forum Perdana yang bertajuk “ Perpaduan Menuju Sifar”, bacaan Yasin dan Tahlil dan juga penganugerahaan lima orang ikon terpilih yang memperjuangkan komuniti HIV/AIDS.