YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

No images found.

 

17 Sep - Rombongan Yayasan Ihtimam Malaysia telah mengadakan satu lawatan kerja dan kunjung hormat ke Rumah Perlindungan Wahidayah di Bandar Baru Sungai Buluh, Selangor. Rumah perlindungan tersebut di asaskan oleh Puan Norlela dan menjadi pusat kediaman bagi wanita dan kanak-kanak Islam yang mengidap HIV. Rombongan Yayasan diketuai oleh Pengarah Eksekutif, Ustaz Zakuan bin Sawai. Semasa lawatan tersebut, rombongan berpeluang untuk mengetahui program dan masalah yang dihadapi oleh Rumah tersebut dan juga turut berjumpa dengan kumpulan Positive Warrior yang memperjuangkan nasib pengidap HIV di kalangan umat Islam.