YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Lawatan kerja Ahli Lembaga ke Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia

Selasa 10 April 2018, Hulu langat. Yayasan Ihtimam Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja Ahli Lembaga ke Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia atau lebih dikenali dengan PERKID yang berpengkalan di Hulu Langat, Selangor. Lawatan yang bermula pada jam 11 pagi itu mendapat sambutan yang amat baik oleh pihak PERKID yang mana pengerusinya sendiri YBhg. Ustaz Masrdzi Bin Sat atau lebih dikenali sebagai "abah" bagi warga PERKID telah turun padang untuk menyambut kedatangan ahli lembaga. Bagi pihak Yayasan Ihtimam Malaysia, Ahli Lembaga yang hadir adalah, pengerusi, Dato' Haji Razali Bin Sahabuddin, Dato' Dr Abd Rahman Bin Husin, Tuan Haji Zakwan Bin Sawai, Ustaz Haji Roslan Bin Said, dan Tuan Arrahman Bin Awang. Antara peserta lain yang menyambut ahli lembaga ialah dalam kalangan pelatih dari PERKID sendiri. Majlis lawatan dimulakan dengan alunan qasidah yang dipersembahkan oleh kumpulan Qasidah Bridget Amal dari PERKID, kemudian disusuli dengan ucapan daripada YBhg. Pengerusi PERKID, Ustaz Masridzi Bin Sat. Bi dalam ucapannya, beliau menceritakan asal usul PERKID dan sejarah akan penubuhannya di mana PERKID ditubuhkan atas gabungan antara sistem pondok dan sistem kawalan bagi mendidik para pelatih untuk berubah daripada kelakuan lama yang disebabkan kesilapan yang telah mereka lakukan. kemudian majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi Yayasan Ihtimam, YBhg Dato' Haji Razali Bin Sahabudin. Antara intipati ucapan Dato', beliau berharap akan dapat menjadikan PERKID sebagai salah satu rakan strategik Yayasan Ihtimam Malaysia dalam menjalani aktiviti dakwah dan menangani gejala sosial yang berleluasa. Lawatan berakhir dengan pertukaran sumbangan dan cenderahati dari kedua-dua belah pihak dan jamuan tengah hari yang disediakan pihak PERKID.

Program Rakan Setia Negeri Kedah 2018

Tarikh : 16 Mac 2018

Tempat : Masjid Pekan Gurun, Kedah

Pada tarikh dan tempat yang berkenaan, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Agensi AntiDadah Kebangsaan Negeri Kedah (AADK Kedah) dan Yayasan Ihtimam Malaysia telah berkerjasama bagi menjayakan program ini. Program yang berkonsepkan pengisian jiwa dan rohani ini disertai oleh 70 orang peserta dalam kalangan OKP dari sebahagian daerah di negeri Kedah. Pengisian disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Muhammad Azki Hafizi Bin Ibrahim daripada Triple IQ Training Consultancy dan pada majlis penutup diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia, Dato' Razali Bin Sahabudin kemudian dirasmikan oleh YBhg. Pengarah AADK Negeri Kedah Tuan Mahadzir Bin Ilyas.

 

 

Program Kesedaran Mahasiswa : LGBT 2017

Diskusi Isu LGBT

17 September 2017 : Alhamdulillah selesai Diskusi Isu LGBT melibatkan Team Bimbingan LGBT di bawah Yayasan Ihtimam Malaysia.

Ternyata, isu ini semakin hangat menjelang Universal Periodic Review pada bulan Mac 2018.

Sebagai yg memahami isu ini perlu diselesaikan secara holistik, maka kami bersetuju melihat semua aspek meliputi pencegahan, bimbingan dan penguatkuasaan.