YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari

30 Julai 2018

KSK JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Yayasan Ihtimam Malaysia telah mengadakan Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari yg diadakan  di Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Ternyata isu LGBT adalah isu kita bersama. Menanganinya secara holistik bermula dgn advokasi dan pendidikan, bimbingan dan penyantunan serta perundangan adalah amat penting.

Seminar telah dirasmikan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa dan Tan Sri Zaman Khan telah mewakili Yayasan Ihtimam menghadiri Majlis Tersebut.


Bengkel Pemantapan Yayasan Ihtimam Malaysia

Alhamdulillah Yayasan Ihtimam Malaysia dapat melaksanakan Bengkel Pemantapan Yayasan Ihtimam Malaysia 2018-2020 dalam usaha untuk membantu umat Islam yg terlibat dalam isu sosial meliputi LGBT, PLHIV(People Who Live With HIV), Pekerja Seks, Pengguna Dadah dan Alkohol, Remaja Juvana dan Sukarelawan Sosial Islam.

Bengkel juga meliputi perbincangan hala tuju dan perancangan program pada masa akan datang. Sebanyak 29 program telah dirancang dan akan diusahakan sepanjang tempoh 2018/2020

Bengkel dirasmikan oleh YBhg Dato Razali bin Shahabudin, Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia serta dihadiri Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia serta rakan strategik seperti PEWAHIM, Hijrah Republique dan Islah Movement.

 

 

Program Ihya Ramadhan 2018 : Selembut Kasih Ramadhan Bersama Kmuniti

9 Jun 2018, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Yayasan Ihtimam Malaysia telah bekerjasama dengan Bahagian Komuniti Sosial dan Keluarga JAKIM dalam mengadakan Program Ihya Ramadhan 2018 : Selembut Kasih Ramadhan Bersama Kmuniti. Turut terlibat juga beberapa agensi kerajaan yang lain seperti MAIS, JAIS, AADK, Majlis Aids Negara serta beberapa buah NGO. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat kasih sayang diantara kita kesemua umat Islam khususnya di Malaysia yang terdiri dari pelbagai komutiti atau kelompok. Biarpon kelompok-kelompok ini sedikit berlainan dari yang lainnya ianya tidak bermaksud kelompok ini patut di pinggirkan daripada rahmat Islam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Tadarus Al Quran, penyampaian sumbangan berbentuk barangan dan duit raya, tazkirah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Dato Dr. Zulkifli Al-Bakri merangkap Mufti Wilayah Persekutuan dan Ustaz Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof yang merupakan Pegawai JAKIM dan Setiausaha Yayasan Ihtimam Malaysia. Majlis berakhir setelah selesai dolat fardhu Maghrib,.

Program Iftar@KL

Yayasan Ihtimam Malaysia telah mengadakan kerjasama bersama JAKIM dan pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang lain bagi mengadakan program berbuka puasa secara besar-besaran bertempat di Dataran Merdeka. Program ini diadakan pada setiap hujung minggu pada bulan Ramadhan. Selain daripada program Iftar atau berbuka puasa, terdapat pelbagai aktiviti lain juga diadakan sepanjang tempoh tersebut. Antaranya adalah moreh, agihan bubur lambuk, tazkirah ramadhan dan banyak lagi. Program seperti ini adalah penting untuk diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadhan yang mulia di samping berkongsi rezeki dengan mereka yang bernasib kurang baik.