YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Bengkel Sukarelawan Sosial Islam Yayasan Ihtimam Malaysia dan Jakim

6 Mei 2017 : Telah berlangsung Bengkel Sukarelawan Sosial Islam Yayasan Ihtimam Malaysia dan Jakim di Pusat Belia Antarabangsa(IYC), Bandar Tun Razak. Slot bersama Ust Kamaruddin Kasim daripada UNGGAS Malaysia. Bengkel ini diadakan bagi memantapkan lagi ilmu kesukarelawan dalam kalangan Sukarelawan Sosial Islam di samping meningkatkan motivasi diri dalam menjalankan aktiviti sukarelawan.


Persidangan Meja Bulat Isu HIV/AIDS

16 April 2017 : Yayasan Ihtimam Malaysia bersama KKM, yayasan sime darby, yayasan AIDS malaysia telah menganjurkan persidangan meja bulat isu HIV/AIDS di Malaysia pada 15-16 April 2017. Peserta persidangan terdiri daripada wakil Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri.


Karnival i-Nelayan Tok Bali

24 Mac 2017 : Tan Sri Zaman mewakili Yayasan Ihtimam Malaysia untuk slot Bahaya Dadah kepada Belia sempena Karnival i-Nelayan Tok Bali, P.Putih Kelantan. Karnival ini dilangsungkan bermula pada 23 Mac hingga 25 Mac 2017 dan dirasmikan oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki.


 

 

International Empowerment Youth Drug-Free Community

8 Februari 2017: Haji Dato Mahadzir Bin Mohd Isa, telah mewakili Yayasan Ihtimam Malaysia ke Majlis Perasmian Penutup International Empowerment Youth Drug-Free Community, Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pencegahan Dadah AADK.
Program ini bertujuan untuk memperkasakan belia agar bebas dadah didalam komuniti.
Antara pengisiannya adalah outreach ke perkampungan nelayan Tanjung Dawai dan Komuniti Flat Paya Nahu Sg.Petani Kedah.