YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

KURSUS TRAINING OF TRAINERS (TOT) KESUKARELAWANAN PEMEGANG TARUH YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA

Yayasan Ihtimam Malaysia telah mengadakan satu kursus Training of Trainer TOT yang diberi nama Kursus Training Of Trainers (TOT) Kesukarelawanan Pemegang taruh Yayasan Ihtimam Malaysia pada 3&4 November bertempat di Hotel Vistana Kuala Lumpur. Kursus dihadiri oleh Ahli Lembaga Yayasan Ihtimam beserta para Sekreariat dan dirasmikan oleh Dato' Hj. Razali Bin Shahabudin selaku Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia.  Kursus ini bertujuan untuk Memberi pendedahan kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah baru YIM mengenai konsep dan kemahiran sukarelawan berfokus kepada golongan komuniti terpinggir, memperkukuh gerak kerja Ahli Pemegang Amanah dan Sekretariat YIM ke arah memperkasa SSI, menghasilkan asas-asas penting untuk merangka pelan tindakan dan dakwah strategik ke atas di sekitar Pusat Bandaraya. kursus dibahagikan kepada 4 slot iaitu 3 slot teori dan 1 slot praktikel. 3 Slot teori diidi dengan pertamanya perkongsian pengalaman kesukarelawan antara para peserta, kedua slot Memahami Konsep dan Aplikasi : Dakwah dan sukarelawan terhadap Komuniti LGBT, Sex Worker, dan Remaja bermasalah yang terlibat dengan Juvana dan Dadah. Slot kedua disampaikan oleh dua orang penyampai yang berpengalaman iaitu Tuan Raja Mohd Zulkifli Raja Said dan Puan Ros. Slot ketiga disampaikan oleh Ustaz Wan Aminuddin dengan tajuk Perancangan Pergerakan Sukarelawan Sosial Islam. Pada Sebelah malam pula dijalankan aktiviti Outreach yang menumpukan komuniti LGBT dan remaja bermasaah. Malangnya keadaan hujan yang turun menyebabkan aktiviti outreach tidak berjaya. Namun begitu, aktiviti outreach seperti ini pasti akan dirancang untuk diadakan lagi pada masa akan datang.


 

Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari.

Yayasan Ihtimam Malaysia turut sama bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jabatan kemajuan Islam malaysia JAKIM dalam mengadakan Seminar peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporaripada 29 Oktober 2018 bertempat di Dewan CAT Kompleks Masyarakat penyayang, Pulau pinang. Seminar ini merangkumi 3 slot iaitu pertamanya yang bertajuk LGBT Dari Perspektif Islam yang diisi oleh Dr. Mohd Izwan Bin Mohd Yusof. Slot kedua adalah berkenaan dengan kesihatan dengan tajuk LGBT dan Kesihatan yang diisi oleh Dr. Janizah Bt. Abdul Ghani. Manakala slot ketiga pula berkisarkan tentang LGBT dari Aspek Pisikologi yang disammpaikan oleh En. Mohamad Musa. majlis diakhri dengan sesi perkongsian oleh En Mohd Khariri Bin Mohamad ramli yang merupakan wakil daripada komuniti LGHT yang telah berhijrah. Majlis perasmian dihadiri oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' dr. Mujahid bin Yusof sebagai perasmi dan wakil daripada Yayasan Ihtimam Malaysia pula adalah Dato' Hj. Muhadzir Bin Mohd Isa yang merupakan Ahli Lembaga Yayasan Ihtimam Malaysia.

Taklimat Khas Persediaan MACSA Ke Sesi UPR

Yayasan Ihtimam Malaysia yang merupakan salah satu daripada NGO Islam yang menyertai Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA). Baru-baru ini Yayasan Ihtimam telah dijemput menghadiri taklimat khas persediaan MACSA ke sesi UPR (Pusingan Ketiga) di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva. Isu utama yang difokuskan oleh MACSA adalah Hak individu tanpa kerakyatan dan pelarian, Hak individu kurang upaya, LGBT, Hak kepercayaan dan agama, Isu-isu kanak-kanak, Hak penjagaan anak oleh ibu bapa muslim, dan hak budaya dan kesatuan bangsa. Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh dua orang wakil daripada Yayasan Ihtimam Malaysia iaitu Timbalan Pengerusi, Tan sri Zaman Khan Bin Rahim Khan bersama pengiringnya En. 'Ammar bin Zulkiflee. Taklimat ini diadakan di Tamu Hotel Kuala Lumpur pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 2 petang. Pihak MACSA berharap agar semua pihak dapat memberi sokongan dan sama-sama berdoa agar segala isu yang diketengahkan diambil perhatian oleh pihak Majlis Hak Asasi Manusia.

BENGKEL ASAS KEMAHIRAN BIMBINGAN & KAUNSELING DALAM KOMUNITI

BENGKEL ASAS KEMAHIRAN BIMBINGAN & KAUNSELING DALAM KOMUNITI

Pertubuhan Hijrah RepubliQue Network tajaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM), Majlis – majlis Agama Islam Negeri serta Jabatan Agama Islam Negeri dengan kerjasama Universiti Almaushusna dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membantu penghijrahan kumpulan Lesbian Gay Bisexsual Transgender (LGBT), People Living With (PLHIV) dan Sex Workers (SW) melalui Bengkel Kemahiran Asas Kaunseling Komuniti.

Bengkel ini bertujuan membantu golongan komuniti yang telah kembali ke pangkal jalan mengadaptasi teknik kaunseling bagi mengawal situasi semasa menghadapi rakan mereka yang menghadapi kekalutan jiwa dan berada di persimpangan. Sehubungan itu kami mencadangkan, agar dibentuk kelompok rakan pra-kaunseling dan pembimbing yang terdiri dari kalangan komuniti LGBT, PLHIV dan SW. Golongan ini akan di latih dengan teknik-teknik para-kaunselor.

Ustaz Haji Zakuan bin Sawai selaku Ahli Lembaga Yayasan Ihtimam Malaysia telah mewakili Ahli Lembaga turut sama hadir di majlis penutupan program yang diadakan.